Sinopsis Antara Garisan

Mengisahkan seorang ustaz bernama Arman (Ungku Ismail Aziz) yang muncul di sebuah kampung pada waktu subuh. Dia bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Ustaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Ustaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

Pada saat itu, barulah teringat yang mereka pernah berada di tempat yang berbeza. Kedua-dua tersedar mereka sudah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.